Tuesday, 22 November 2011

Kata Penguat

1.     Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2.    Kata Penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh :
·         paling
·         agak
·         sungguh
·         amat
·         terlalu
·         nian
·         benar
3.    Kata penguat seperti agak, paling dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4.    Kata penguat seperti sekali, benar dan nian diletakan selepas kata adjektif.
5.    Kata penguat seperti sangat, amat dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh :
a.    Murid yang paling pintar di sekolah ialah Henry.
b.    Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
c.    Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
d.    Kereta api itu sangat laju.
e.    Kereta  itu laju sangat.

No comments:

Post a Comment