Wednesday, 30 November 2011
Monday, 28 November 2011
Sunday, 27 November 2011
Kata Adjektif
1.Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
2.Ia dapat dikenali apabila perkataan itu boleh diikuti atau didahului oleh kata penguat.
3.Berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata nama atau frasa nama.
4.Terdapat sembilan jenis kata adjektif.
5.Kata adjektif terbitan (awalan,apitan dan sisipan)
a. Awalan ter -
maksud : penjelasan perbandingan / keadaan paling.
contoh kesalahan :
Bangunan tertinggi (betul)
Bangunan tertinggi sekali (salah)
b.Awalan se -
maksud : memberi pengertian sama.
contoh kesalahan :
sama cantik (betul)
sama secantik (salah)
6 Kata adjektif dalam bentuk perbandingan dapat dinyatakan dalam bentuk darjah penghabisan.
contoh :
a. sepandai-pandai
b. pandai sekali
c. terpandai
d. paling pandai
e. teramat pandai
f.. tersangat pandai
2.Ia dapat dikenali apabila perkataan itu boleh diikuti atau didahului oleh kata penguat.
3.Berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata nama atau frasa nama.
4.Terdapat sembilan jenis kata adjektif.
Jenis kata adjektif | Contoh |
1 sifat atau keadaan | baik,jahat, takut, berani |
2 warna | biru, kuning, putih, merah |
3 ukuran | panjang, pendek, kecil, besar |
4 bentuk | bulat , lonjong, lurus, bengkok |
5 waktu | baru, lama, esok, sekarang |
6 jarak | jauh, dekat, rapat, hampir |
7 cara | cepat, pantas,deras, perlahan |
8 perasaan | benci, rindu, sedih,marah |
9 pancaindera | sedap, manis, masin, masam |
5.Kata adjektif terbitan (awalan,apitan dan sisipan)
a. Awalan ter -
maksud : penjelasan perbandingan / keadaan paling.
contoh kesalahan :
Bangunan tertinggi (betul)
Bangunan tertinggi sekali (salah)
b.Awalan se -
maksud : memberi pengertian sama.
contoh kesalahan :
sama cantik (betul)
sama secantik (salah)
6 Kata adjektif dalam bentuk perbandingan dapat dinyatakan dalam bentuk darjah penghabisan.
contoh :
a. sepandai-pandai
b. pandai sekali
c. terpandai
d. paling pandai
e. teramat pandai
f.. tersangat pandai
Thursday, 24 November 2011
Wednesday, 23 November 2011
Tuesday, 22 November 2011
Kata Penguat
1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2. Kata Penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh :
· paling
· agak
· sungguh
· amat
· terlalu
· nian
· benar
3. Kata penguat seperti agak, paling dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4. Kata penguat seperti sekali, benar dan nian diletakan selepas kata adjektif.
5. Kata penguat seperti sangat, amat dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh :
a. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Henry.
b. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
c. Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
d. Kereta api itu sangat laju.
e. Kereta itu laju sangat.
Sunday, 20 November 2011
Perkongsian pengalaman murid-murid membuat eksperimen
Matapelajaran : Sains
Tajul : Timbul dan Tenggelam
Sediakan bahan-bahan seperti di atas dan letak dalam basin.
Murid-murid membuat pemerhatian.
Murid-murid letak bahan-bahan yang lain untuk mengenalpasti objek-objek itu timbul atau tenggelam.
Tajul : Timbul dan Tenggelam
Sediakan bahan-bahan seperti di atas dan letak dalam basin.
Murid-murid membuat pemerhatian.
Murid-murid letak bahan-bahan yang lain untuk mengenalpasti objek-objek itu timbul atau tenggelam.
Murid-murid catat pemerhatian mereka dalam jadual yang disediakan.
Wednesday, 16 November 2011
Kata Tanya
- 1. Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
- 2. Kata Tanya ialah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
- 3. Kata Tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
- 4. Kata Tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.
- 5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata Tanya terletak pada akhir ayat.
Contoh :
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?
kenapa | Kenapakah Ali gagal dalam ujian itu? |
bila | Bilakah awak akan memulangkan buku saya? |
siapa | Engkau ini siapa? |
mengapa | Mengapakah baju awak ini basah? |
apa | Apakah nama kucing itu? |
bagaimana | Bagaimanakah cara membuat kek? |
berapa | Di dalam kelas itu ada berapa orang murid perempuan? |
mana | Nelayan itu dari mana? |
Kata Nafi
1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2. Terdapat dua kata naïf, iaitu bukan dan tidak.
3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh :
a. Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b. Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.
4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh:
a. Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b. Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh :
a. Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b. Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
Subscribe to:
Posts (Atom)