Monday, 12 December 2011
Sunday, 11 December 2011
Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel ‘lah’ di belakangnya.
Contoh :
Jangan
Sila
Tolong
Harap
Usah
Jemput
Minta
Contoh ayat :
1. Jangan tolak meja itu ke situ.
2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.
Saturday, 10 December 2011
Friday, 9 December 2011
Thursday, 8 December 2011
Kata Bantu
Kata Bantu
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh :
- akan
- belum
- masih
- telah
- sudah
- harus
- boleh
- dapat
- hendak
- mesti
Contoh ayat :
- Kereta api dari utara telah sampai.
- Awak mesti menyiapkan tugas ini dengan segera.
- Adik Rahimah belum tahu berjalan.
- Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
- Encik Lim hendak pergi memancing esok.
Tuesday, 6 December 2011
Latihan Kata Pemeri
Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai. ( ialah , adalah)
1. Sekolah Kebangsaan Danau ( ) sekolah saya.
2. Hadiah itu ( ) untuk pemenang peraduan tarik tali.
3. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh Ali ( ) kurang tepat.
4. Cahaya yang berkelip-kelip itu ( )cahaya dari rumah api.
5. Rojak ( )makanan kegemaran saya.

Jawapan :
1. ialah
2. adalah
3. adalah
4. adalah
5. ialah
1. ialah
2. adalah
3. adalah
4. adalah
5. ialah
Kata Pemeri
- Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
- Terdapat dua kata pameri , iaitu ialah dan adalah.
- Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
- Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh ayat :
- Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
- Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
- Rojak ialah makanan kegemaran saya.
- Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
Monday, 5 December 2011
Sunday, 4 December 2011
Penggunaan Kata Sendi Nama "dari" dan "daripada"
Kata sendi nama "dari" digunakan untuk menyatakan tempat, masa dan arah.
Anda boleh juga menggunakan formula ATM. (A= arah), ( T=tempat ) , (M=masa)
Contoh penggunaan kata sendi nama "dari" :
1. Cikgu Lee berasal dari Melaka. (Tempat)
2. Lim bekerja dari pukul lapan pagi hingga 6 petang. (Masa)
3.Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. (Arah)
Kata sendi nama "daripada" pula digunakan untuk menyatakan orang, perbandingan dan asal kejadian.
Contoh penggunaan kata sendi nama "daripada" :
1.Kasut itu diperbuat daripada campuran getah dan plastik. (Asal-usul)
2.Ali menerima hadiah daripada guru besar. (Orang)
3.John lebih tinggi daripada abangnya. (Perbandingan)

Wednesday, 30 November 2011
Monday, 28 November 2011
Sunday, 27 November 2011
Kata Adjektif
1.Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
2.Ia dapat dikenali apabila perkataan itu boleh diikuti atau didahului oleh kata penguat.
3.Berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata nama atau frasa nama.
4.Terdapat sembilan jenis kata adjektif.
5.Kata adjektif terbitan (awalan,apitan dan sisipan)
a. Awalan ter -
maksud : penjelasan perbandingan / keadaan paling.
contoh kesalahan :
Bangunan tertinggi (betul)
Bangunan tertinggi sekali (salah)
b.Awalan se -
maksud : memberi pengertian sama.
contoh kesalahan :
sama cantik (betul)
sama secantik (salah)
6 Kata adjektif dalam bentuk perbandingan dapat dinyatakan dalam bentuk darjah penghabisan.
contoh :
a. sepandai-pandai
b. pandai sekali
c. terpandai
d. paling pandai
e. teramat pandai
f.. tersangat pandai

Jenis kata adjektif | Contoh |
1 sifat atau keadaan | baik,jahat, takut, berani |
2 warna | biru, kuning, putih, merah |
3 ukuran | panjang, pendek, kecil, besar |
4 bentuk | bulat , lonjong, lurus, bengkok |
5 waktu | baru, lama, esok, sekarang |
6 jarak | jauh, dekat, rapat, hampir |
7 cara | cepat, pantas,deras, perlahan |
8 perasaan | benci, rindu, sedih,marah |
9 pancaindera | sedap, manis, masin, masam |
5.Kata adjektif terbitan (awalan,apitan dan sisipan)
a. Awalan ter -
maksud : penjelasan perbandingan / keadaan paling.
contoh kesalahan :
Bangunan tertinggi (betul)
Bangunan tertinggi sekali (salah)
b.Awalan se -
maksud : memberi pengertian sama.
contoh kesalahan :
sama cantik (betul)
sama secantik (salah)
6 Kata adjektif dalam bentuk perbandingan dapat dinyatakan dalam bentuk darjah penghabisan.
contoh :
a. sepandai-pandai
b. pandai sekali
c. terpandai
d. paling pandai
e. teramat pandai
f.. tersangat pandai
Thursday, 24 November 2011
Wednesday, 23 November 2011
Tuesday, 22 November 2011
Kata Penguat
1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2. Kata Penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh :
· paling
· agak
· sungguh
· amat
· terlalu
· nian
· benar
3. Kata penguat seperti agak, paling dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4. Kata penguat seperti sekali, benar dan nian diletakan selepas kata adjektif.
5. Kata penguat seperti sangat, amat dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh :
a. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Henry.
b. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
c. Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
d. Kereta api itu sangat laju.
e. Kereta itu laju sangat.
Sunday, 20 November 2011
Perkongsian pengalaman murid-murid membuat eksperimen
Matapelajaran : Sains
Tajul : Timbul dan Tenggelam
Sediakan bahan-bahan seperti di atas dan letak dalam basin.
Murid-murid membuat pemerhatian.
Murid-murid letak bahan-bahan yang lain untuk mengenalpasti objek-objek itu timbul atau tenggelam.

Murid-murid catat pemerhatian mereka dalam jadual yang disediakan.
Wednesday, 16 November 2011
Kata Tanya
- 1. Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
- 2. Kata Tanya ialah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
- 3. Kata Tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
- 4. Kata Tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.
- 5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata Tanya terletak pada akhir ayat.
Contoh :
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?
kenapa | Kenapakah Ali gagal dalam ujian itu? |
bila | Bilakah awak akan memulangkan buku saya? |
siapa | Engkau ini siapa? |
mengapa | Mengapakah baju awak ini basah? |
apa | Apakah nama kucing itu? |
bagaimana | Bagaimanakah cara membuat kek? |
berapa | Di dalam kelas itu ada berapa orang murid perempuan? |
mana | Nelayan itu dari mana? |
Kata Nafi
1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2. Terdapat dua kata naïf, iaitu bukan dan tidak.
3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh :
a. Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b. Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.
4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh:
a. Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b. Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh :
a. Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b. Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
Friday, 28 October 2011
Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Definisi
Menurut Kamus Dewan(edisi ketiga) , teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M.Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Teknik-Teknik Pengajaran Bahasa
1. Teknik main peranan
2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10.Teknik simulasi
11.Teknik drama
12.Teknik perbincangan
13.Teknik forum
14.Teknik dialog

Wednesday, 26 October 2011
Saturday, 22 October 2011
Thursday, 20 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)