Sunday, 11 December 2011

Kata Perintah

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel ‘lah’ di belakangnya.
Contoh :
Jangan
Sila
Tolong
Harap
Usah
Jemput
Minta

Contoh ayat :
1.     Jangan tolak meja itu ke situ.
2.    Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3.    Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.

Thursday, 8 December 2011

Kata Bantu

Kata Bantu
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh :
  • akan
  • belum
  • masih
  • telah
  • sudah
  • harus
  • boleh
  • dapat
  • hendak
  • mesti
Contoh ayat :

  1.  Kereta api dari utara telah sampai.
  2. Awak mesti menyiapkan tugas ini dengan segera.
  3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.
  4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
  5.   Encik Lim hendak pergi memancing esok.

Gagak yang bijak

Tuesday, 6 December 2011

Latihan Kata Pemeri

Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai. ( ialah , adalah)
1.     Sekolah Kebangsaan Danau (                  ) sekolah saya.
2.    Hadiah itu (                     ) untuk pemenang peraduan tarik tali.
3.    Hujah-hujah yang dikemukakan oleh Ali (                   ) kurang tepat.
4.    Cahaya yang berkelip-kelip itu (                  )cahaya dari rumah api.
5.    Rojak (                  )makanan kegemaran saya.




Jawapan :
1.     ialah
2.    adalah
3.    adalah
4.    adalah
5.    ialah

Kata Pemeri

  1. Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
  2. Terdapat dua kata pameri , iaitu ialah dan adalah.
  3. Kata pemeri  ialah  diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
  4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh ayat :
  1. Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
  2. Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
  3. Rojak ialah makanan kegemaran saya.
  4. Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Sunday, 4 December 2011

Burung Kakak Tua

Kata Sendi Nama

Penggunaan Kata Sendi Nama "dari" dan "daripada"

Kata sendi nama "dari" digunakan untuk menyatakan tempat, masa dan arah.

Anda boleh juga menggunakan formula ATM.   (A= arah), ( T=tempat ) , (M=masa)  
                        
                   
Contoh penggunaan kata sendi nama "dari" :

1. Cikgu Lee berasal dari Melaka. (Tempat)
2. Lim bekerja dari pukul lapan pagi hingga 6 petang. (Masa)
3.Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. (Arah)

Kata sendi nama "daripada" pula digunakan untuk menyatakan orang, perbandingan dan asal kejadian.

Contoh penggunaan kata sendi nama "daripada" :

1.Kasut itu diperbuat daripada campuran getah dan plastik. (Asal-usul)
2.Ali menerima hadiah daripada guru besar. (Orang)
3.John lebih tinggi daripada abangnya. (Perbandingan)