Monday, 12 December 2011
Sunday, 11 December 2011
Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel ‘lah’ di belakangnya.
Contoh :
Jangan
Sila
Tolong
Harap
Usah
Jemput
Minta
Contoh ayat :
1. Jangan tolak meja itu ke situ.
2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.
Saturday, 10 December 2011
Friday, 9 December 2011
Thursday, 8 December 2011
Kata Bantu
Kata Bantu
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh :
- akan
- belum
- masih
- telah
- sudah
- harus
- boleh
- dapat
- hendak
- mesti
Contoh ayat :
- Kereta api dari utara telah sampai.
- Awak mesti menyiapkan tugas ini dengan segera.
- Adik Rahimah belum tahu berjalan.
- Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
- Encik Lim hendak pergi memancing esok.
Tuesday, 6 December 2011
Latihan Kata Pemeri
Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai. ( ialah , adalah)
1. Sekolah Kebangsaan Danau ( ) sekolah saya.
2. Hadiah itu ( ) untuk pemenang peraduan tarik tali.
3. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh Ali ( ) kurang tepat.
4. Cahaya yang berkelip-kelip itu ( )cahaya dari rumah api.
5. Rojak ( )makanan kegemaran saya.
1. Sekolah Kebangsaan Danau ( ) sekolah saya.
2. Hadiah itu ( ) untuk pemenang peraduan tarik tali.
3. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh Ali ( ) kurang tepat.
4. Cahaya yang berkelip-kelip itu ( )cahaya dari rumah api.
5. Rojak ( )makanan kegemaran saya.
Jawapan :
1. ialah
2. adalah
3. adalah
4. adalah
5. ialah
1. ialah
2. adalah
3. adalah
4. adalah
5. ialah
Subscribe to:
Posts (Atom)